Gideon Yu

Gideon Yu ialah seorang pelabur sukan, meda dan teknologi serta eksekutif dan penasihat Amerika Korea. Gideon pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Facebook,[1] sewaktu menerajui putaran pelaburan bernilai $375 juta[2] dari Microsoft dan jutawan Hong Kong, Li Ka Shing[3] dengan rekod bernilai $15 bilion. Sebelum menyertai Facebook, Gideon menjadi rakan kongsi Sequoia Capital,[4] dan juga Ketua Pegawai Kewangan YouTube[5] sewaktu berunding[6] penjualannya bernilai $1,65 bilion[7] kepada Google meskipun berlaku masalah terhadap syarikat itu.Sebelum YouTube, Gideon ialah Bendahara dan Wakil Presiden Kanan Kewangan Yahoo![8] ketika memegang lebih dari 30 pemerolehan/pelaburan untuk Yahoo!, termasuk Alibaba, Taobao, Overture, Inktomi, Flickr, del.icio.us dan transaksi pasaran modal bernilai lebih dari $5 bilion. Sebelum Yahoo!, Gideon memegang jawtaan sebagai CFO NightFire Software (dibeli oleh NeuStar, NYSE: NSR) dan pernah berkhidmat di Disney, Hilton, dan DLJ / CSFB.Yu meninggalkan Facebook pada 2009 meskipun spekulasi bertentangan muncul mengenai alasan kemundurannya.[9][10]Gideon menamatkan pengajian di Universiti Stanford dengan ijazah Kejuruteraan Industri dan Pengurusan Kejuruteraan dan menerima ijazah MBA dari Sekolah Perniagaan Harvard. Gideon juga memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah UCSF Medical Foundation.Gideon menetap di California bersama isterinya, Susie dan anaknya, Jonathan dan Emily.

Rujukan

WikiPedia: Gideon Yu http://www.businessinsider.com/dissent-is-dead-at-... http://money.cnn.com/2006/10/09/technology/googley... http://money.cnn.com/galleries/2008/fortune/0801/g... http://www.crunchbase.com/person/gideon-yu http://valleywag.gawker.com/304104/how-a-cop-almos... http://khoslaventures.com/yu.html http://www.nytimes.com/2007/10/25/technology/24cnd... http://www.reuters.com/article/technologyNews/idUS... http://www.shareholder.com/visitors/dynamicdoc/doc... http://www.thestreet.com/story/10307019/youtube-hi...